keperluan manusia kepada syariah dan kesan pengabaian

DISEDIAKAN OLEH :
     Ain Nabihah Binti Khiruddin
           NO IC :990219105698
        NO PELAJAR :2017612268
SUBJEK CTU101
        TAJUK :3.12 KEPERLUAN MANUSIA KEPADA SYARIAH DAN KESAN PENGABAIAN
        UNTUK :
     USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN




Pengenalan
        Manusia mempunyai peraturan hidup ataupun undang-undang. Al-Quran merupakan sumber hukum Islam yang utama, asli dan abadi.Ia merupakan sebuah kitab yang lengkap, yang menjadi panduan kepada semua umat manusia. Kandungannya merangkumi pelbagai hukum dan peraturan hidup untuk manusia dalam segala aspek kehidupan.Setiap perundangan hukum dalam syariah Islamiyah adalah bertujuan untuk melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Islam adalah agama yang syumul ( sempurna), setiap garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam adalah bersesuaian mengikut tempat, bangsa dan zaman. Sebagaimana firman Allah s.w.t.
 “Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan jalan itu dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar.”)
“surah Al-Jathiah ayat 18”
 Di dalam Islam, peraturan hidup ini dinamakan syariah yang meliputi peraturan hidup individu, masyarakat dan negara. Malah, peraturan ini mencakupi semua bidang kehidupan manusia seperti upacara keagamaan, moral, keluarga, sosial, ekonomi, kewarganegaraan, sistem kehakiman, undang-undang perang serta perdamaian dan hubungan antarabangsa.
Secara etimologi, syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia juga berkongsi kata dasar dengan perkataan syur’at al-ma’ yang bererti tempat keluar air yang digunakan untuk minuman. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“untuk setiap umat antara kamu, Kami berikan kamu aturan, yakni syariah atau jalan yang teranG”
(Sural al-Maidah: 48)
Dari segi istilah, syariah secara umumnya bermaksud segala perintah yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. ke atas manusia dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak.



KEPERLUAN MANUSIA KEPADA SYARIAH DAN KESANNYA
KEPERLUAN MANUSIA KEPADA SYARIAH

UNTUK MENDIDIK MANUSIA
 Hakikatnya kehidupan manusia tidak terlepas dari  ujian  dan dugaan sebagaimana dalam firman Allah.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Setiap ujian dan dugaan yang menimpa manusia adalah datang daripada Allah dan tujuannya adalah untuk mendidik manusia agar lebih kuat dan menjadi insan yang lebih bertakwa. Syariat diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala ujian dan cubaan tersebut. Syariah menanamkan keimanan dan nilai-nilai amanah dan kebenaran dalam jiwa seseorang itu. Sebahagaian dari program pendidikan dalam Islam ialah melalui ibadah. Amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini memainkan peranan mendidik manusia supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna dan memberi manfaat kepada yang lain. Sebagaimana firman Allah yang mensyariatkan hambanya agar menunaikan solat  didalam Al-quran yang bermaksud:
“Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan”
(QS. Al Baqoroh : 110)

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (QS. Al Baqoroh : 153)

“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Al-Ankabut: 45)

MENJAMIN KEHORMATAN, MARUAH DIRI DAN KETURUNAN
Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (Al-Isra', ayat 31)
Keingkaran dan ketidakpatuhan manusia kepada syara' telah mengakibatkan perlakuan seks bebas dan merosakkan kehormatan dan keturunan. Demi memelihara tamadun manusia, akhlak dan keturunannya, al-Quran telah menjelaskan aspek penghukuman yang tegas terhadap jenayah zina sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud,
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang beriman (An-Nur, ayat 2).

SYARIAH SEBAGAI PERISIAN PROBLEM SOLVING (PENYELESAIAN MASALAH) DALAM KEHIDUPAN
Syariat Islam merupakan satu peraturan yang bersifat universal dan global (Syumuliyyah). la merangkumi seluruh bidang keperluan manusia yang meliputi aspek hubungan antara manusia dengan tuhan,  hubungan sesama manusia dan alam sekitar. Syariah memelihara lima tunjang yang menjadi pokok dan asas utama dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan seluruh umat manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Lima perkara tersebut dipanggil sebagai maqasid Syariah. Setiap permasalahan yang melibatkan kelima perkara ini akan diselesaikan berdasarkan syariat Islam dengan menjadikan wahyu Illahi, hadis dan sunnah sebagai sumber rujukan utama. Syariat Islam digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu perkara itu  wajib, harus, sunat, makruh atau pun haram dilakukan. Tujuannya adalah untuk menjernihkan kekeliruan yang melibatkan bab-bab agama agar setiap perkara yang dilakukan mendapat keredhaan Allah dan demi kemaslahatan manusia.

Penghayatan yang kedua ini juga amat berkaitan dengan perhubungan masyarakat terutamanya dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dan tidak mencerobohinya. Jika berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya.Hukuman yang ditetapkan oleh syarak bukan semata-mata bertujuan untuk menghukum si penjenayah tetapi membendung masyarakat dari melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai matlamat inilah disyariatkan agar melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud,qisas dan takzir. Sebagaimana firman Allah dalam Al-quran yang bermaksud:

“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(Surah al-Baqarah:229)
Pada keseluruhannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) (Al-Jathiah: 18).

  Garis panduan yang telah ditetapkan dalam syariat Islam adalah untuk membawa kepada kebaikan sebanyak yang mampu kepada manusia dan bukannya kemudharatan, membuka jalan ke arah yang lebih jernih agar manusia tidak terus berada dalam kejahilan.

PENEGAK KEADILAN
 “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa” (Surah Al-hadid : 25).

Berdasarkan daripada ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang adil dan seimbang. Tidak terlalu memberatkan malah memudahkan. Sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud :
“Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”. (Al-Hajj:78)

Syariat islam adalah untuk memperjelaskan lagi segala garis panduan yang telah termaktub didalam kitab suci Al-quran. Tujuannya adalah bagi memudahkan ummat manusia untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai hukum-hukum syara’ berdasarkan dalil dan hujah yang terdapat didalam Al-quran , hadis dan sunnah Rasullullah s.aw. Keadilan dalam Islam adalah bermaksud mengambil hak dari orang zalim dan meletakkannya kepada orang yang dizalimi dan tertindas. Hal ini dijelaskan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil (kepada sesiapajua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”. (Al-Ma'idah: 8)

Al-Quran mewajibkan setiap manusia berlaku adil di dalam segala urusannya, terutama daripada kalangan pemerintah yang berkuasa. Hal ini dijelaskan Allah s.w.t yang bermaksud:
Jika kamu menghukum manusia hendaklah kamu menghukum seadil-adilnya (Al-Nisa' : 58)

Keadilan syariah dapat dilihat dengan wujudnya kesamarataan di dalam mentaklifkan segala fardu ain. Setiap manusia diwajibkan melaksanakan syariat Allah dan meninggalkan segala laranganNya tanpa ada kekecualian kepada individu-individu tertentu. Keadilan akan menghasilkan pelaksanaan segala  perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Sedangkan kezaliman pula ialah meninggalkan segala suruhanNya dan mengerjakan segala larangan Allah s.w.t.

MEMELIHARA KESUCIAN DAN AGAMA ISLAM
Pada zaman kegemilangan Tamadun Islam dahulu sahabat-sahabat sanggup mengorbankan harta mahupun nyawa demi memelihara agama Islam ini. Berkat pengorbanan pahlawan-pahlawan Islam yang lampaulah kita hari ini dapat mengenali dan menjadi penganut Islam tanpa melalui penat lelah perjuangan pejuang-pejuang Islam terdahulu.
Firman Allah yang bermaksud,
Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah menyerah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka hati mahupun terpaksa dan hanya kepadaNyalah mereka dikembalikan (al-Imran, ayat 83)
Hanya agama Allah yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbuatan syirik kepada Allah adalah suatu kekejian yang boleh merosakkan aqidah.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
Barangsiapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang yang rugi (al-Imran : ayat 85). Oleh itu marilah sama-sama kita doakan semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal kepada mereka.
Menjaga agama merupakan perkara paling utama bagi setiap individu. Justeru, syariah Islam menetapkan hukuman bunuh terhadap orang murtad serta kewajipan berjihad memerangi kafir harbi yang menceroboh. Hal ini sekali gus dapat mempertahankan agama, maruah diri, menyebarkan dakwah yang maha suci untuk menjaga hak kebebasan.

MENJAMIN USAHA PEMILIKAN DAN PENGUASAAN HARTA
Memiliki kekayaan merupakan naluri semula jadi manusia.Maka Allah s.w.t meraikannya dan tidak menghalang. firman Allah S.W.T. :
Maka apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, bertebaranlah di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung (Al-Jumu'ah, ayat 10)
Allah SWT telah mengingatkan manusia agar berusaha mencari rezeki yang halal kerana rezeki yang halal itu mengandungi keberkatan. ianya mestilah berlandaskan kepada ajaran Islam.
Syariah Islam mengharamkan segala kegiatan menceroboh hak orang lain, seperti mencuri dan merompak. Syariah menetapkan hukum, mana-mana pencuri yang sabit kesalahannya dikenakan hukuman potong tangan. Hal itu dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah (Al-Mai'dah, ayat 38)
Selanjutnya, penyamun dan perompak pula dikenakan hukuman lebih dahsyat serta lebih berat. Hal itu kerana jenayah yang dilakukan lebih besar dan lebih membahaya seperti secara terang-terangan, kekerasan, mengugut, menggunakan senjata.
firman Allah yang bermaksud:
Bahawasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh  sahaja dengan tidakmeram pas) atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan     berselang- seli (kalau mereka merampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam) (Al-Maidah, ayat 33)

MENJAMIN KEMURNIAN FIKIRAN DAN KEWARASAN AKAL
Akal adalah anugerah Allah s.w.t yang paling berharga kepada manusia.. Akal jugalah ciri utama yang menentukan hakikat kemanusiaan. Dengan ini, Islam telah melarang umatnya untuk melakukan perkara-perkara yang merosakkan akan fikiran.
Bagi memelihara kesempurnaan akal, Allah s.w.t telah mengharamkan segala sesuatu yang dapat merosakkan akal. Sebagai contoh Islam melarang umatnya untuk minum minuman yang memabukkan kerana ia mengakibatkan akal hilang pertimbangan. Maksud firman Allah,
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi keberuntungan           (Al-Maidah, ayat 90).
Justeru, menurut pendapat Imam Syafie, meminum arak yang sabit kesalahannya dikenakan hukuman 40 sebatan. Hal itu berdasarkan hadith riwayat 'Ali Ibn Abu Talib: Rasulullah menyebat (terhadap kesalahan minum arak) 40 sebatan dan Abu Bakar juga berbuat begitu.Umat Islam juga dilarang melihat filem-filem dan gambar yang boleh merosakkan akal seperti gambar-gambar pornographi, video-video yang merangsang syahwat dan sebagainya. keruntuhan akhlak muda-mudi yang terpapar kepada kita pada hari ini adalah disebabkan umat Islam tidak memelihara perkara yang diwajibkan oleh Islam ini.

KESAN PENGABAIAN
a. Pengabaian dalam ibadah
Ramai dari kalangan umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat dan haji. Mereka seolah-olah tidak takut dengan balasan Allah. Janji azab Allah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat dengan dimasukkan ke dalam neraka Saqar tidak sedikit pun membekas di hati.Pengabaian ini menyebabkan berlaku perkara buruk kepada individu, masyarakat dan negara. Hati mereka resah dan tidak tenteram. Kehidupan berkeluarga tidak harmoni dan bahagia dan negara juga ditimpa kesusahan, kemelaratan dan penderitaan. Umat Islam juga akan menjadi kurang berdisiplin.        
      3.1.1. Isu berkaitan bab Munakahat :
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.

Namun, lewat kini, sering didengari pelbagai isu seperti kahwin lari, cerai, pengabaian nafkah dan sebagainya di dalam muka akhbar.Islam mensyariatkan perkahwinan kepada ummatnya agar dapat mewujudkan ketenteraman dan ketenangan di antara lelaki dan perempuan. Menghubungkan silaturahim dan mewujudkan kasih sayang sesama insan. Namun apa yang terjadi pada era kini adalah keruntuhan rumahtangga yang kian berleluasa.Ini adalah berpunca daripada pengabaian syariah dalam kehidupan. Sekiranya umat Islam benar-benar menghayati konsep perkahwinan didalam Islam, pasti keluarga sakinah dapat dibina dan perceraian akan dapat dielakkan. Sebagai contoh, isu kahwin lari khususnya, dalam Islam terdapat peraturan-peraturan syariat yang  perlu dan wajib kita patuhi untuk melaksanakan sebuah perkahwinan.  Istilah ‘kahwin lari’ bukannya bermaksud berkahwin sambil berlari tetapi ia merujuk kepada pernikahan yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah. Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah secara mudah. Antara punca utamanya ialah:

a)      Mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan (atau) tidak mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama.
b)      Pilihan mereka tidak direstui oleh orang tua.[1]

Kahwin lari menimbulkan pelbagai kesan negatif berbanding positif bagi pasangan yang memilih jalan singkat seperti ini. Antara kesan yang biasa kita lihat dan dengar ialah, perpecahan keluarga dan memutuskan silaturrahim. Di antara matlamat perkahwinan itu sendiri adalah untuk mencapai kebahagiaan, ketenangan dan mengeratkan dua buah keluarga. Oleh itu, kahwin lari adalah dilarang kerana dikhuatiri akan berlaku perpecahan dalam kedua-dua belah pihak keluarga. Di samping itu, ia tidak mengikuti sunnah Rasulullah SAW yang mensyariatkan perkahwinan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dan melahirkan kegembiraan semua pihak yang terlibat. Sepertimana yang dinyatakan dalam surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '
(Ar-Ruum:21)[2]                                     

b. Pengabaian dalam sosial
Pengabaian ini menyebabkan lahirnya gejala-gejala sosial yang tidak sihat dan mengundang pelbagai krisis dan masalah jenayah dalam sesebuah masyarakat. Di Malaysia misalnya berlakunya peningkatan kadar jenayah seperti rogol, zina, sumbang mahram, penderaan, bunuh, penyalahgunaan dadah, rasuah dan seumpamanya. Hampir setiap hari berita mengenai perbuatan salah laku ini disiar di dada akhbar atau di kaca televisyen. Kegiatan maksiat dan salah laku ini secara jelas menunjukkan betapa masyarakat Islam kini sudah tersasar jauh dari asas Islam yang murni. Mereka membelakangkan bimbingan Allah yang menjadikan dan menghidupkan mereka supaya mengabdikan diri kepada-Nya. Mereka meninggalkan pelaksanaan tuntutan syariah untuk mencapai kehidupan moden. Meninggalkan amar makruf nahi mungkar atas alasan kebebasan individu (human’s right). Mereka juga meninggalkan asas ajaran Islam supaya tidak kelihatan kolot di mata manusia dan sentiasa mengikuti peredaran semasa.
3.1.2. Isu berkaitan bab Akhlak :
Kita sering dikejutkan dengan pelbagai isu di dada-dada akhbar yang berkitan dengan gejala sosial pada masa kini antaranya, pelacuran, pembuangan bayi, khalwat, ragut, dan sebagainya. Dan apa yang lebih meruncingkan lagi adalah, perkara-perkara ini secara umumnya melibatkan remaja-remaja dan golongan belia masa kini. Keruntuhan akhlak atau disebut juga sebagai dekadensi moral bukan satu permasalahan baru dalam masyarakat di negara kita malah dimana-mana Negara sekalipun. Negara kita hari ini sedang menghadapi masalah kegawatan akhlak yang teruk yang sekiranya tidak di ambil serius sejak awal  akan memberi implikasi terhadap masa depan agama dan umat Islam secara keseluruhannya.Antara masalah akhlak yang sedang berlangsung di Negara ini ialah masalah kerenggangan sosial,ketagihan dadah,seks bebas,lari dari rumah,sumbang mahram,individualistik,materialistik,dan rasuah.

Isu pembuangan bayi khususnya, perkara ini sudah menjadi sesuatu yang lazim dalam masyarakat kita. Saban hari, kita dapat memperoleh berita tentang bayi dijumpai di dalam tandas awam,di tepi longkang,dan lain –lain tempat lagi tanpa ada perasaan perikemanusiaan dalam kalangan remaja.  Antara punca utama berlakunya kes seperti ini adalah disebabkan pergaulan bebas yang tidak terkawal dan kurangnya tentang didikan agama dan moral. Kerana itu, dalam syariat Islam amat ditegaskan mengenai batas pergaulan (ikhtilat) diantara lelaki dan perempuan bagi menjaga kehormatan dan maruah diri sepertimana yang diterangkan dalam ayat Al-quran yang bermaksud:

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”                                                                          (Al-Ahzaab : 32)[4]

Sepertimana yang diterangkan dalam hadis-hadis berikut juga:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.”(Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”[5]
Islam juga turut meletakkan garis panduan agar mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan sejak dari kecil lagi sepertimana dalam sabda Rasulullah s.a.w yang berkmaksud:

“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun, jika mereka tidak melakukannya sehingga umur 10 tahun, pukul mereka, dan pisahkan juga diantara mereka ( lelaki dan perempuan) dari tempat tidur”. ( Riwayat Al-hakim dan Abu Daud )[6]

Tujuan Rasulullah s.a.w menganjurkan perintah  ini adalah untuk mendidik anak-anak mengenai batas pergaulan antara ahli keluarga supaya tidak berlaku perkara negatif seperti sumbang mahram.

c. Pengabaian dalam ekonomi
Pecah amanah, rasuah dan lain-lain bentuk penggelapan wang adalah dosa luar biasa yang sudah dianggap biasa. Ia dosa luar biasa kerana rasuah bukan sahaja merosakkan kehidupan individu yang terlibat, masyarakat dan negara, bahkan menyebabkan penderitaan yang dahsyat di akhirat kelak. Sebaliknya ia dianggap biasa kerana sudah kerap benar dilakukan oleh semua peringkat masyarakat malah hampir menjadi budaya.  Sesuatu yang amat memalukan ialah negara umat Islam adalah paling terkedepan dalam pengamalan rasuah.Pengabaian dalam ekonomi juga dapat dikesan apabila ada kalangan umat Islam yang menghalalkan riba untuk meningkatkan prestasi ekonomi. Ada yang mewujudkan pelacuran berlesen untuk membenteras pelacuran yang haram dan ada yang membolehkan pendedahan aurat untuk tujuan perniagaan. Itu adalah sedikit contoh daripada banyak contoh yang berlaku dalam masyarakat Islam apabila kegiatan ekonomi dijalankan tidak berpandukan syariah.
3.1.4. Isu berkaitan bab Muamalat:
Muamamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .
Walaubagaimanapun, ramai dikalangan peniaga masa kini yang sering mengabaikan keutamaan syariah dalam menjalankan perniagaan. Ada yang lebih mengutamakan keuntungan berbanding kualiti barangan serta kehalalannya dan perkhidmatan dalam perniagaan. Sebagai contoh, menjual barangan yang tidak pasti sejauh mana kehalalannya dan siapa pihak pengeluarnya kepada pengguna. Sebagai seorang muslim, seharusnya kita mengutamakan yang halal dan sebolehnya menjauhi perkara yang haram dan syubhah. Harta-harta yang berkat itu adalah harta yang halal dan baik, kerana sesuatu yang diambil dari yang tidak halal dan tidak baik tidak mungkin mampu mendorong seseorang kepada melakukan kebaikan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain. Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.
Selain itu, antara perkara yang sering menjadi isu pada masa kini juga adalah perkara yang berkaitan dengan riba. Riba dalam pelbagai bentuknya adalah sangat dilarang dalam Islam kerana ia menjadi punca kepada penindasan dan ketidaksamaan dalam ekonomi. la boleh mewujudkan keadaan orang yang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah miskin.[7] Larangan terhadap amalan riba ini disebut dalam banyak ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang berkaitan adalah seperti berikut maksudnya:
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”.
3. Usaha manusia tidak mampunyai kualiti dan memiliki kesan hebat ke atas manusia – rahbatu ‘ala a‘daa’ina

Amalan ibadat kepada Allah swt akan membawa kesan hebat dan melemahkan golongan kafir – mukjizat para Nabi a.s., karamah para wali dan barakat ‘aamileen umat. Keutuhan pengabdian ini terjadi demikian kerana amalan ini bernilai amalan ahli syurga dan mereka melaksanakan kerja-kerja yang telah ditukarkan nilai-nilainya kepada keampuhan dan keutuhan nilai-nilai ukhrawi. Setiap amalan yang dilakukan untuk Allah swt dan diterima Allah swt, dengan sendirinya menjadi amalan yang sangat berkualiti dan bernilai menjangkaui perbatasan duniawi. Jika amalan tersebut digunakan untuk kemajuan dunawi, maka ternyata jelas ia mencapai melebihi dari sempurna dan melengkapi keperluan-keperluan duniawi. Contohnya jika umat Islam melaksanakan sistem perekonomian Islam dengan seluruh sistemnya, maka bukan sahaja kemajuan ekonomi dan agihan kekayaan seimbang serta penigkatan produktiviti dapat dihasilkan, bahkan unsur intrinsik seperti keamanan, kebahagiaan, kesejahteraan, jauh dari tipu daya, ekonomi mesra pelanggan dan sebagainya bakal diperokehi kerana unsur-unsur intrinsik tersebut adalah hadiah Allah swt kepada kesungguhan hambanya melaksanakan tugas perekonomian mengikut syariat dan mematuhi hakikat dan hasrat limpahan rezki dari Allah swt dengan jaya dan sempurna. Friman Allah swt yang bermaksud : “Sekiranya sesuatu ahli wilayah tersebut itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan bukakan kepada mereka keberkatan dari pintu langit dan kesuburan bumi, tetapi malangnya ramai di kalangan mereka yang mendustainya.”

Pekerjaan-pekerjaan yang tidak dikira ibadat tersebut akan hilang seri, kekuatan dan kelebihannya yang datang dari sisi Allah swt. Ia tidak mampu bersaing kerana tujuan perlaksanaanya hanya dikawal oleh manusia bukan dikawal selia untuk kebesaran Allah swt. Kawalan mutu kerja kerana manusia sangat lemah, dan boleh diselewengkan oleh sesiapa sahaja. Sebaliknya bila kualiti kerja dibuat kerana Allah swt, Tuhan yang Maha melihat dan Mengetahui itu, maka kualiti yang terhasil pun adalah kualiti sebenar mengikut piawaian ilmu pengetahuan dan berteknologi tinggi serta produktiviti yang meningkat. Maka jika amalan dibuat kerana selain dari Allah swt, ia akan menjadi rendah kualiti dan tidak memenuhi piawaian ilmu pengetahuan serta teknologi tinggi, dan akhirnya selama-lamanya tidak layak untuk diangkat ke martabat ketamadunan manusia.

(Al-Baqarah, 2:275)

d. Pengabaian dalam politik
Di kalangan ahli politik, jenayah yang sering diperkatakan adalah politik wang. Untuk mendapat jawatan dan kuasa dengan cara yang tidak bermoral dan cepat ada yang sanggup menghabiskan wang untuk memancing undi dan sokongan. Politik wang dikecam oleh semua pihak. Seolah-olah semua pihak membencinya tetapi anehnya ia terus berlaku. Apa yang kita perhatikan, ada kalangan mereka yang mengecam politik wang tetapi turut sama melakukannya. Sebenarnya sudah cukup bagi orang yang beriman untuk tidak membudayakan politik wang berdasarkan hadith nabi s.a.w. yang diberitahu oleh Thauban maksudnya;
“Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya”.  (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Apabila Rasulullah s.a.w. melaknati kita, maka kita tidak mendapat ketenangan dan keberkatan  dalam hidup. Wang, harta dan kuasa yang sebanyak mana pun tidak berguna lagi. Betapa ramai orang yang kaya dan berpangkat  tetapi hidupnya resah, rezekinya cukup tetapi masih tidak cukup. Inilah impak laknat yang maknawi sifatnya tetapi sangat menghancurkan kehidupan. Bagaikan mengalami seksaan neraka dunia sebelum neraka akhirat. Sesungguhnya kebinasaan dan kerosakan yang berlaku ini adalah akibat dari perbuatan manusia sendiri. Allah memperingatkannya melalui surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud;
“Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya dengan itu Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar
6. Bangkit lebih Ramai Diktator dan Penzalim

Dalam konteks pemerintahan yang tidak mempunyai bentuk pengabdian diri kepada Allah swt, maka bentuk Syura dam muafakat serta tolong menolong ke arah kebaikan (wata’aawanuu ‘al birri wa taqwa) tidak berlaku kerana corak Ilahi di dalam pengurusan manusia tidak lahir dengan nyata dan tersendiri, kerana semua corak pengurusan manusia berdasarkan kehendak pemerintah dan penguasa demi memenuhi visi dan misi pemimpin sahaja. Maka hal seperti ini akan melahirkan orientasi sehala “from the top to bottom management” sahaja. Tidak ada bantahan kerana ruang perbincangan tertutup, kerana tidak perlu kepada respon kerana prinsip kebenaran tidak menjadi tunjang kepada pemerintahan tersebut. Keinginan pemerintahan sahaja yang menjadi tunjang utama, baik pemerintah mestilah baik kepada rakyat jelata. Orientasi sepeprti inilah melahirkan diktator dan penzalim di kalangan pemerintah dahulu mahu pun moden.

Kediktatoran lahir dari rasa congkak dan keangkuhan penguasa yang tidak akan tunduk kepada prinsip keadilan dan kebenaran al-Quran dan keagamanaan Islam. Semua prinsip mestilah berorientasikan akal fikiran semata-mata dan pengalaman-pengalaman pengembelingan kuasa dan tenaga manusia secara maksimum. Jika boleh dibahagi-bahagikan manusia dan diugut serta ditakut-takutkan rakyat agar tidak ada pilihan selain bergantung kepada pemerintah tersebut sekali pun mereka berbuat zalim dan tidak berperikemanusiaan malah jauh dari sifat-sifat keilmuan dan berketamadunan serta perikemanusiaan. Ditambah lagi dengan pelbagai kurupsi dilakukan oleh penguasa yang bercanggah dengan aturan rasional dan prinsip-prinsip syarak berkembang sehingga jelas di mata rakyat segala penindasan dan peras ugut berlaku kepada rakyat, masih lagi rakyat mentaati dan terpaksa akur dengan kekuasaan dan memberikan kemenangan dan mandat kepada penguasa diktator tersebut. Minda anak bangsa terjejas dan tidak berkembang melainkan untuk berbakti dan berkhidmat demi kepentingan kediktatoran penguasa-penguasa zalim inilah dari seluruh peringkat; bawahan, menengah dan atasan.

Rumusan jelasnya ialah, ketika prinsip keadilan, kebenaran, kemanusiaan dan keilmuan diketepikan, maka tidak berlaku lagi bentuk-bentuk ketaatan kepada Allah swt dan RasulNya serta kasih mesra di kalangan mukminin di dalam masyarakat Islam mahu pun bukan Islam. Kerana Ibadah dan kebenaran serta keadilan itu seiring dengan pengbadian kepada Allah swt, kerana pengabdian itu datang daripada kepastian ilmu pengetahuan dari setiap tingkatnya. Maka pengabdian tanpa merujuk kepada prinsip Tawhid uluhiyah, syariat dan perlembangaan serta sifat semulajadi kemanusiaan dan realiti kebenaran dan keadilan, akan berlakulah ketaatan melulu tanpa mengenal batasan benar dan salah, perkara penting ialah kuasa dan autoriti dapat diperolehi dan sokongan paksaan kepada tertegaknya sebuah kerajaan korupsi dan kuku besi demi kelangsungan sesuatu empayar dan dinasti atau regim.



Kesimpulan
Pengabdian diri kepada Allah swt ketika dilihat dari sudut-sudut yang berbeza seperti yang dihuraikan di atas, jelas kepada kita bahawa peranan ibadat atau pengabdian diri kepada Allah swt atau dalam erti kata lain menyembah Allah swt sangat penting kepada makhluk manusia. Kerana segala perkembangan dan pembangunan serta kemajuan di dunia ini tidak akan memberi erti atau makna serta hakikat sebenar, kecuali setelah semuanya ini dilaksanakan hanya kerana kepatuhan, ketundukan dan mencari redha Allah swt di dalam segala bentuk aktiviti-aktiviti kebendaan dan keduniaan barulah segala bentuk usaha dan amalan manusia tersebut dikira memperolehi pahala dan ganjaran syurga menunggu mereka yang beriman dan beramal soleh dari kalangan lelaki mahu pun wanita. Ternyata pintu-pintu syurga akan terbuka luas kepada mereka yang beribadat dengan berterusan menyembah Allah swt dengan baik di dunia ini. Selain itu,syariah Islam adalah peraturan yang mengatur kehidupan manusia agar mereka memperoleh kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kejayaan dan kebahagiaan yang menjadi buruan manusia bukan dihitung berdasarkan kepada pencapaian kemajuan di dunia semata-mata. Akhir sekali, syariah Islam adalah peraturan yang diturunkan Allah kepada seluruh umat manusia sebagai panduan hidup dalam menempuh kehidupan. Keperluan terhadap satu panduan yang serba lengkap adalah satu kemestian kerana manusia adalah makhluk yang dicipta serba kekurangan.



Rujukan


Comments

Popular posts from this blog